RSS

Tuesday, 23 September 2014

Jayakan wawasan 2020


--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
                                               JAYAKAN WAWASAN 2020
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


> Pada 28 Februari 1991, Perdana Menteri yang keempat Dato' Seri Dr Mahathir Mohammad telah mengemukakan Wawasan 2020.
> Ini membincangkan hala tuju dan masa depan negara. Ia juga membincangkan peranan yang boleh dimainkan oleh untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang maju.
_________________________________________________________________________________
                                    Matlamat Wawasan 2020
_________________________________________________________________________________

Menjadikan Malaysia sebuah negara yang kukuh dan stabil dengan rakyatnya yang bersatu padu , mempunyai nilai moral dan beretika, hidup dalam masyarakat yang demokratik,  liberal dan bertolak ansur, penyayang dan adil Dari segi pengagihan ekonomi .

_________________________________________________________________________________














Negaraku kebangganku

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
                           NEGARAKU KEBANGGAANKU
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

> Setiap warganegara mesti bertanggungjawab menjaga nama dan imej baik negara. Negara akan sentiasa dihormati dan dipandang mulia oleh negara lain. Ia akan menggalakan pembanggunan terutamanya dalam industri perlancongan.

















Tugas dan tanggungjawab warganegara dalam kerajaan demokrasi

------------------------------------
TUGAS &TANGGUNGJAWAB WARGANEGARA DALAM KERAJAAN DEMOKRASI
------------------------------------

> Malaysia merupakan sebuah negara yang mengamalkan sistem denokrasi berpalimen dengan raja berpelembagaan.

> Kerajaan Malaysia dipilih melalui proses pilihanraya.

> Kerajaan bertanggungjawab membentuk dan melaksanakan pelbagai dasat program dan rancangan untuk keamanan, kemakmuran dan kesejahtetaan rakyat fan negara.

> Tugas & tanggungjawab warganegara.

• memelihara keamanan negara.
• tidak mencetuskan salah faham antara kaum.
• mematuhi undang-undang.

> Sebagai warganegara kita berhak mengeluarkan pendapat dan menyatakan perasaan kepada kerajaan.

> Warganegara Malaysia haruslah sentiasa bersatu padu berhormati dan penuh kemesraan untuk menjaga keamanan negara.

Setia kepada raja dan negara

------------------------------------
SETIA KEPADA RAJA DAN NEGARA
------------------------------------

> Sistem raja berpelembagaan merupakan ciri penting dalam sistem demokrasi berpalimen negara kita.
____________________________________
     SETIA
Demi negara yang tercinta
Dicurahkan bakti penuh setia
Demi raja yang disanjung tinggi
Kesetiaan tak berbelah bagi

Kepada pemimpin kepada rakyat
Khidmat diberi penuh taat
Sama bekerja sama berusaha
Setia berkhidmat until semua

Rela berkorban apa saja
Amanah bangsa tetap dijaga
Kami berikrar penuh setia
Untuk agama, bangsa dan negara

Muzik:Ahmad Dassilah Mohd Yusoff
Lirik : Dato'Mohamed Rahmat
____________________________________

Raja berpelembagaan

------------------------------------
       RAJA BERPELEMBAGAAN
------------------------------------
> Malaysia mengamalkan sistem demokrasi berpalimen di bawah pentadbiran raja berpelembagaan.

> Raja berpelembagaan adalah sistem pemerintahan berjaya mengikut peruntukan dalam perlembagaan negara.

> Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ialah ketua negara. Baginda dipilih secara bergilir-gilir daripada kalangan sembilan orang raja-raja melayu. Tempoh perkhidmatan baginda ialah 5 tahun.

> Baginda menjalankan tugas dan melaksanakan kuasa di bawah perlembagaan dan atas nasihat Perdana Menteri atau jemaah menteri.

> Bidang kuasa & tugas Yang di- Pertuan Agong .

• ketua negara.
• pemimpin tertinggi angkatan tentera.
• ketua agama Islam bag I negeri-negeri baginda sendiri.
• memelihara adat istiadat dan kedudukan istimewa orang melayu dan kaum bumiputera do Sabah dan Sarawak.
• memanggil dan membubarkan parlimen.
• melantik Jemaah Menteri dan hakim Mahkamah atas nasihat Perdana Menteri.

Program rukun tetangga

------------------------------------
    PROGRAM RUKUN TETANGGA
------------------------------------
> Pelbagai jawatankuasa permuafakatan masyarakat telah diwujudkan untuk membantu menjaga keselamatan, memupuk semangat kerjasama, menjaga kebajikan dan saling bantu membantu membuktikan bahawa sesuatu kerja yang sukar dapat diselesaikan secara mudah.

> Program Rukun Tetangga ditubuhkan untuk menjaga keselamatan dan keharmonian penduduk setempat.

RUKUN TETANGGA TAMAN MAJU

= Menerima aduan penduduk.
= Membuat rondaan pada waktu malam.
= Berkenalan dengan penduduk setempat.
= Menjalankan aktiviti amal dan gotong-royong.
_______________________
Kata Pendeta
Bulat air kerana
pembetung, bulat kata
kerana muafakat.
_______________________

Pemupukan semangat kekitaan

------------------------------------
PEMUPUKAN SEMANGAT KEKITAAN
------------------------------------

> Semangat kekitaan ialah kemahuan dan kesanggupan seseorang untuk membantu dan bekerjasama dengan orang lain. Hidup bermasyarakat memerlukan hubungan rapat antara anggotanya.

> Pelbagai amalan boleh dilakukan bagi memupuk semangat kejiranan dan seterusnya meningkatkan semangat kekitaan di kalangan masyarakat. Antara amalan tersebut termasuklah amalan dan tingkah laku:

• suka bertegur sapa.
• menghormati jiran.
• bersedia menghulurkan bantuan.
• kunjung-mengunjunggi.
• sentiasa bertolak ansur.

> Amalan semangat kekitaan dapat menjamin keselamatan setempat.

> Gejala-gejala sosial seperti kes penderaan, lari dari rumah, penyalahgunaan dadah dan gangsterisme dapat dibendung jika jiran bekerjasama melaporkan kegiatan-kegiatan tersebut kepada pihak berkuasa.

> Jiran boleh memberi bantuan dan pertolongan pada saat kita ditimpa kemalangan, kebakaran, kecurian, dan kematian.