Tuesday, 23 September 2014

Pemupukan semangat kekitaan

------------------------------------
PEMUPUKAN SEMANGAT KEKITAAN
------------------------------------

> Semangat kekitaan ialah kemahuan dan kesanggupan seseorang untuk membantu dan bekerjasama dengan orang lain. Hidup bermasyarakat memerlukan hubungan rapat antara anggotanya.

> Pelbagai amalan boleh dilakukan bagi memupuk semangat kejiranan dan seterusnya meningkatkan semangat kekitaan di kalangan masyarakat. Antara amalan tersebut termasuklah amalan dan tingkah laku:

• suka bertegur sapa.
• menghormati jiran.
• bersedia menghulurkan bantuan.
• kunjung-mengunjunggi.
• sentiasa bertolak ansur.

> Amalan semangat kekitaan dapat menjamin keselamatan setempat.

> Gejala-gejala sosial seperti kes penderaan, lari dari rumah, penyalahgunaan dadah dan gangsterisme dapat dibendung jika jiran bekerjasama melaporkan kegiatan-kegiatan tersebut kepada pihak berkuasa.

> Jiran boleh memberi bantuan dan pertolongan pada saat kita ditimpa kemalangan, kebakaran, kecurian, dan kematian.

0 comments:

Post a Comment