Tuesday, 19 August 2014

Pemilihan ketua kelas


Pemilihan ketua kelas.Tajuk ini terdapat dalam buku teks sivik tingkatan 2.



Ketua kelas ialah murid yang berkebolehan,berwawasan,bertanggungjawab,berhemah dan mempunyai sifat kepimpinan yang tinggi.Pemilihan ketua kelas harus diadakan untuk memilih mereka yang layak dan terbaik sahaja.

Panduan pemilihan ketua kelas:-
  1. Sebuah jawatankuasa (bertindak sebagai Suruhanjaya Pilihanraya) bagi menjalankan proses pemilihan ketua kelas.
  2. Jawatankuasa tersebut perlu menetapkan syarat pengundian dan memaklumkan kepada semua murid.
  3. Setiap penamaan calon haruslah mempunyai pencadang dan penyokong.
  4. Calon mestilah memberi hujah mengapa mereka harus dipilih sebagai ketua kelas.
  5. Murid perlu memilih calon mereka sahaja.
  6. Mengira dan mengasing kertas di hadapan calon.
  7. Mengumumkan jumlah undian.
  8. Mengisytiharkan ketua kelas yang layak.


                                                                                       





Tuesday, 12 August 2014

Sistem demokrasi berpalimen di malaysia



Saya ingin menceritakan tentang Sistem Demokrasi Berpalimen Di Malaysia....
Tajuk ini terdapat di dalam buku teks Sivik tingkatan 2.


Malaysia mengamalkan sistem demokrasi berpalimen dengan raja berpelembagaan,sejak mencapai kemerdekaan pada 1957.Malaysia telah mengamalkan sistem demokrasi yang mempunyai ciri-ciri:
  • mempunyai perlembagaan
  • menjalankan proses pilihanraya
  • mempunyai Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)
  • raja berpelembagaan
  • mempunyai parti-parti politik
Rakyat berpeluang memilih wakil mereka melalui proses pilihanraya untuk membentuk kerajaan.Proses ini dijalankan oleh sebuah badan bebas yang dikenali sebagai Suruhanjaya Pilihanraya (SPR).Ia dijalankan untuk memilih ahli parlimen dan ahli dewan undangan negeri.

         Syarat mengundi:
  • Warganegara Malaysia
  • 21 tahun ke atas
Pilihanraya dijalankan dengan adil,bebas,sulit dan teratur.Pengiraan undi dijalankan secara terbuka.Calon yang menang akan diisytiharkan.









Tuesday, 5 August 2014

Hidayah sumber kehudupan

Assalamualaikum

Saya ingin menceritakan tentang Hidayah Sumber Kehidupan.Tajuk ini terdapat dalam buku pendidikan islam tingkatan 2 pada muka surat 1 hingga 8.



  • Pengertian hidayah dan rahmat dari segi bahasa ialah petunjuk dari segi istilah ialah petunjuk allah kearah kebenaran allah.
  • Rahmat dari segi bahasa ialah belas kasihan dari segi istilah ialah segala kebaikan yang allah kurniakan kepada kita.
         -Tubuh badan sihat.
         -minda cerdas
         -jiwa bersih

Warisan kepelbagaian budaya malaysia

Salam sejahtera dan salam 1Malaysia

Warisan Kepelbagaian Budaya Malaysia

*Muzik dan Alat muzik
*Tarian
*Seni bina dan Lukisan
*Permainan
*Kraftangan





Warisan kesenian pelbagai kaum

UNIT 5 WARISAN KESENIAN PELBAGAI KAUM

      1.   Tarian,muzik dan alat muzik
  • Tarian dan muzik tradisional dipersembahkan dalam sesuatu majlis.
  • Tarian singa adalah untuk menyambut Tahun Baru Cina.
  • Tarian joget dipersembahkan semasa masyarakat perkahwinan orang kenamaan.
      2.   Kesenian muzik dan alat muzik
  • Alat muzik malayu wujud sejak zaman kesultanan melaka.
  • kegunaan muzik masih terhad,upacara diraja seperti pertabalan,keputeraan dan kemangkatan.
  • Gong,gendang ,serunai dan nafiri digunakan semasa nobat.
      3.    Muzik
  • dimainkan oleh rakyat tujuannya persembahan dan tarian diraikan bersama perkahwinan,menyambut tetamu dan berhibur.
  • ghazal di negeri Johor ,hadrah dan gambus perak.
  • muzik tradisi melayu seperti endoi,ulik mayang ,nazam,dikir barat dan boria.  
     4.   Alat muzik
  • gong,simbal dan gendang mengiringi tarian singa masyarakat Cina.
  • Tarian ngajat bagi masyarakat Iban manggunakan gong,tetawak,bebendai dan enkeromong sebagai alat muzik.
  • Natheswaram atau trompet pula alat muzik India.
  • Sitar merupakan alat muzik India yang unik.







      5.Permainan 
  • Masyarakat dahulu menjadikan permainan tradisional sebagai berhibur dan beriadah.
  • Permainan yang menjadi warisan kesenian dapat membina amalan bekerjasama,bersatu padu dan harmoni.
  • Masyarakat melayu terkenal dengan permainan tradisional seperti sepak raga ,gasing,congkak,batu seremban dan wau.
  • Dimainkan secara berkumpulan ini memerlukan sikap bantu-membantu .
  • Walaupun bersaing sesama sendiri namun aspek-aspek positif yang diterapkan.Contohnya kesukanan dan persahabatan.
  • Permainan ini memerlukan semangat kerjasama,kecekapan daya berfikir untuk menewaskan pihak lawan.
  • Catur Cina atau Chinese Chess sebegini dimainkan sejak berabad lamanya.
  • Orang Sabah terkenal dengan permainan tradisionalseperti rampanau,bunsuran dengan pelepah kelapa,lambung batu,tinting dan emboya'an.
  • Rampanau diminati kanak-kanak lelaki memerlukan kemahiran mengimbangkan badan dengan cara berjalan menaiki batang buluh.Buluh ini direka khas seperti kasut tinggi mengikut kesesuaian permainannya.
  • Permainan tinting ini melompat menggunakan sebelah kaki di atas petak-petak dilukis atas tanah yang digemari oleh kanak-kanak perempuan.
 

                                      






       6.Seni ukir dan kraftangan

  • Masyarakat Malaysia terkenal dengan seni bina,seni ukir dan seni kraftangan.
  • Kesenian unik, menarik dan mutu kesenian tinggi.
  • Kehalusan dan kepakaran orang dahulu dalam seni bina dan seni ukir dapat dilihat di bahagian tertentu di rumah tradisional,kepala perahu dan hulu keris.
  • ia dimotifkan alam semula jadi seperti flora dan fauna contohnya rumah tradisioanal Melayu dihiasi dengan kerawang bermotif daun dan buah-buahan serta tulisan khat.
  • Ukiran unik dapat dilihat di tempat beribadat bagi masyarakat Cina, iaitu tokong dipenuhi dengan ukiran bunga,burung da patung sami.
  • Patung dewa dewi diukirdengan halus sesuai dengan kepercayaan agama Hindu terhadap kuil-kuil mereka.