Tuesday, 23 September 2014

Jayakan wawasan 2020


--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
                                               JAYAKAN WAWASAN 2020
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


> Pada 28 Februari 1991, Perdana Menteri yang keempat Dato' Seri Dr Mahathir Mohammad telah mengemukakan Wawasan 2020.
> Ini membincangkan hala tuju dan masa depan negara. Ia juga membincangkan peranan yang boleh dimainkan oleh untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang maju.
_________________________________________________________________________________
                                    Matlamat Wawasan 2020
_________________________________________________________________________________

Menjadikan Malaysia sebuah negara yang kukuh dan stabil dengan rakyatnya yang bersatu padu , mempunyai nilai moral dan beretika, hidup dalam masyarakat yang demokratik,  liberal dan bertolak ansur, penyayang dan adil Dari segi pengagihan ekonomi .

_________________________________________________________________________________














Negaraku kebangganku

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
                           NEGARAKU KEBANGGAANKU
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

> Setiap warganegara mesti bertanggungjawab menjaga nama dan imej baik negara. Negara akan sentiasa dihormati dan dipandang mulia oleh negara lain. Ia akan menggalakan pembanggunan terutamanya dalam industri perlancongan.

















Tugas dan tanggungjawab warganegara dalam kerajaan demokrasi

------------------------------------
TUGAS &TANGGUNGJAWAB WARGANEGARA DALAM KERAJAAN DEMOKRASI
------------------------------------

> Malaysia merupakan sebuah negara yang mengamalkan sistem denokrasi berpalimen dengan raja berpelembagaan.

> Kerajaan Malaysia dipilih melalui proses pilihanraya.

> Kerajaan bertanggungjawab membentuk dan melaksanakan pelbagai dasat program dan rancangan untuk keamanan, kemakmuran dan kesejahtetaan rakyat fan negara.

> Tugas & tanggungjawab warganegara.

• memelihara keamanan negara.
• tidak mencetuskan salah faham antara kaum.
• mematuhi undang-undang.

> Sebagai warganegara kita berhak mengeluarkan pendapat dan menyatakan perasaan kepada kerajaan.

> Warganegara Malaysia haruslah sentiasa bersatu padu berhormati dan penuh kemesraan untuk menjaga keamanan negara.

Setia kepada raja dan negara

------------------------------------
SETIA KEPADA RAJA DAN NEGARA
------------------------------------

> Sistem raja berpelembagaan merupakan ciri penting dalam sistem demokrasi berpalimen negara kita.
____________________________________
     SETIA
Demi negara yang tercinta
Dicurahkan bakti penuh setia
Demi raja yang disanjung tinggi
Kesetiaan tak berbelah bagi

Kepada pemimpin kepada rakyat
Khidmat diberi penuh taat
Sama bekerja sama berusaha
Setia berkhidmat until semua

Rela berkorban apa saja
Amanah bangsa tetap dijaga
Kami berikrar penuh setia
Untuk agama, bangsa dan negara

Muzik:Ahmad Dassilah Mohd Yusoff
Lirik : Dato'Mohamed Rahmat
____________________________________

Raja berpelembagaan

------------------------------------
       RAJA BERPELEMBAGAAN
------------------------------------
> Malaysia mengamalkan sistem demokrasi berpalimen di bawah pentadbiran raja berpelembagaan.

> Raja berpelembagaan adalah sistem pemerintahan berjaya mengikut peruntukan dalam perlembagaan negara.

> Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ialah ketua negara. Baginda dipilih secara bergilir-gilir daripada kalangan sembilan orang raja-raja melayu. Tempoh perkhidmatan baginda ialah 5 tahun.

> Baginda menjalankan tugas dan melaksanakan kuasa di bawah perlembagaan dan atas nasihat Perdana Menteri atau jemaah menteri.

> Bidang kuasa & tugas Yang di- Pertuan Agong .

• ketua negara.
• pemimpin tertinggi angkatan tentera.
• ketua agama Islam bag I negeri-negeri baginda sendiri.
• memelihara adat istiadat dan kedudukan istimewa orang melayu dan kaum bumiputera do Sabah dan Sarawak.
• memanggil dan membubarkan parlimen.
• melantik Jemaah Menteri dan hakim Mahkamah atas nasihat Perdana Menteri.

Program rukun tetangga

------------------------------------
    PROGRAM RUKUN TETANGGA
------------------------------------
> Pelbagai jawatankuasa permuafakatan masyarakat telah diwujudkan untuk membantu menjaga keselamatan, memupuk semangat kerjasama, menjaga kebajikan dan saling bantu membantu membuktikan bahawa sesuatu kerja yang sukar dapat diselesaikan secara mudah.

> Program Rukun Tetangga ditubuhkan untuk menjaga keselamatan dan keharmonian penduduk setempat.

RUKUN TETANGGA TAMAN MAJU

= Menerima aduan penduduk.
= Membuat rondaan pada waktu malam.
= Berkenalan dengan penduduk setempat.
= Menjalankan aktiviti amal dan gotong-royong.
_______________________
Kata Pendeta
Bulat air kerana
pembetung, bulat kata
kerana muafakat.
_______________________

Pemupukan semangat kekitaan

------------------------------------
PEMUPUKAN SEMANGAT KEKITAAN
------------------------------------

> Semangat kekitaan ialah kemahuan dan kesanggupan seseorang untuk membantu dan bekerjasama dengan orang lain. Hidup bermasyarakat memerlukan hubungan rapat antara anggotanya.

> Pelbagai amalan boleh dilakukan bagi memupuk semangat kejiranan dan seterusnya meningkatkan semangat kekitaan di kalangan masyarakat. Antara amalan tersebut termasuklah amalan dan tingkah laku:

• suka bertegur sapa.
• menghormati jiran.
• bersedia menghulurkan bantuan.
• kunjung-mengunjunggi.
• sentiasa bertolak ansur.

> Amalan semangat kekitaan dapat menjamin keselamatan setempat.

> Gejala-gejala sosial seperti kes penderaan, lari dari rumah, penyalahgunaan dadah dan gangsterisme dapat dibendung jika jiran bekerjasama melaporkan kegiatan-kegiatan tersebut kepada pihak berkuasa.

> Jiran boleh memberi bantuan dan pertolongan pada saat kita ditimpa kemalangan, kebakaran, kecurian, dan kematian.

Bebas memberi pendapat

------------------------------------
    BEBAS MEMBERI PENDAPAT
------------------------------------

Baca dan fahami dialog Ahmad, Letchumi dan Ah Lim semasa mereka berada di sebuah pasar raya.

Ahmad :Saya hendak membeli beberapa biji buah epal untuk dibawa pulang.Buah epal me many menjadi kegemaran saya.Malah saya lebih gemar buah-buahan dari luar negara.

Letchumi :Saya juga menyukai buah-buahan dari luar negara terutamanya buah anggur.Buah-buahan luar negara sedap dan berzat.

Ah Lim :Kamu berdua tidak patut bersikap begitu. Kita harus mengutamakan buah-buahan tempatan. Buah tempatan juga sedap dan mempunyai zat untuk kesihatan.

Ahmad :Betul juga kata Ah Lim. Buah-buahan tempatan juga lazat dan sedap setanding dengan buah-buahan yang diimport. Lagipun harga yang ditawarkan murah dan berpatutan.

Ah Lim :Tidak salah untuk kita makan buah-buahan dari luar negara. Sebaliknya, kita tidak harus meminggirkan buah-buahan tempatan.

Ahmad
dan Letchumi :Betul. Kits semua harus berbangga dengan buah-buahan tempatan.
____________________________________
> Kita haruslah memakan banyak buah-buahan supaya kita sihat dan cergas.

> Buah-buahan tempatan lebih murah berbanding buah-buahan dari luar negara.

Hormati hak orang lain

--------------------------------------------------
      HORMATI HAK ORANG LAIN
-------------------------------------------------
> Masyarakat Malaysia yang terdiri daripada kaum Melayu, China, India dan kaum lain mempunyai budaya, agama, kepercayaan, adat resam dan kedudukan yang berbeza.
> Kepentingan menerima dan memahami perbezaan individu atau kaum lain, membolehkan kita :
a) menyesuaikan diri dalam persekitaran yang berbeza.
b) hidup secara aman dan harmoni.
c) mudah berasa sabar dan memaafkan orang lain.
d) lebih bersimpati dan berasa empati terhadap kesukaran hidup orang lain.
e) bersikap terbuka terhadap keunikan budaya kaum lain.
> Perlembagaan negara menjamin hak setiap rakyat untuk mengamalkan cara hidup sendiri, memberikan pendapat dan kebolehan masing-masing asalkan tindakan itu:
a) menghormati hak individu dan kaum lain.
b) tidak menyinggung perasaan orang atau kaum lain.
c) dilakukan dengan niat bail, bahasa dan cara yang sopan.
d) tidak dipengaruhi oleh perasaan emosi.
e)  tidak menimbulkan perasaan buruk sangka terhadap mana-mana pihak.

Hormati dan hargai keluarga

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
                                           HORMATI DAN HARGAI KELUARGA
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Baca dan fahami dialog antara Robert dan anggota keluarganya.


Papa Robert
------------------------------------
Papa mahu Robert menjadi seorang guru.Kerjaya seorang guru dihormati dan dipandang mulia.
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Robert
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Saya akui kerjaya seorang guru amat mulia , tetapi saya lebih berminat untuk menjadi seorang angkasawan.
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
-
Kakak Robert
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Wah, nampaknya cita-cita kamu terlalu tinggi! Kamu jangan suka berangan-angan.
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Ibu Robert
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Kamu semua harus menghormati minat, cita-cita dan harapan Robert. Tidak mustahil Robert akan berjaya menjadi seorang angkasawan, sekiranya dia berusaha bersungguh-sungguh.
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

> Kita haruslah memilih kerjaya kita sendiri supaya kita tidak akan mengalami kegagalan          apabila melakukan kerja tersebut.

> kita haruslah ada satu cita-cita supaya masa depan kita akan cerah.






    











Tanggungjawab hidup berkeluarga

------------------------------------
TANGGUNGJAWAB HIDUP                 BERKELUARGA
------------------------------------
> Setiap anggota keluarga mempunyai tanggungjawab masing-masing terhadap anggota keluarga mereka.

> Antara tanggungjawab ibu bapa :

= mencari nafkah untuk keluarga.
= menyediakan tempat tinggal dan perlindungan untuk keluarga.
= memberi pendidikan kepada anak-anak.
= menjadi teladan kepada anggota keluarga.
= memberi kasih sayang kepada anggota keluarga.

> Antara tanggungjawab anak :

= mengikuti nasihat ibu bapa.
= mematuhi peraturan dalam keluarga.
= saling membantu dalam keluarga.
= menjaga nama baik ibu bapa dan keluarga.
= menunjukkan kasih sayang kepada ibu bapa dan setiap anggota keluarga.

__________________________
Kata Pendeta
Barang siapa yang
tidal menyayangi,
dia tidak akan disayangi.
__________________________

Kasih sayang sesama keluarga

------------------------------------
KASIH SAYANG SESAMA KELUARGA
------------------------------------
> Amalan sayang-menyayangi merupakan amaln yang dipupuk did kalangan anggota keluarga.Kasih sayang adalah sumber inspirasi dan pendorong untuk seseorang itu mencapai :
• kejayaan
• kebahagiaan
• keharmonian
• perpaduan
• kesejahteraan keluarga

> Setiap anggota keluarga juga mesti mempunyai perasaan empati dan bersedia membantu anggota keluarga yang lain dari segi :

a) sokongan moral
b) khidmat nasihat
c) bantuan kebendaan

> Semangat perpaduan dan sikap sayang-menyayangi sentiasa dipelihara untuk mengekalkan kesinambungan kebahagiaan, kesejahteraan, dan keharmonian keluarga.

> Lihat contoh-contoh yang berikut :

1.Saya membalas kasih sayang ibu dan ayah dengan meraikan ulang tahun perkahwinan mereka.

2. Saya dan adik membelikan kain tudung kepada ibu senpena hair ibu.

3. Saya pulang ke pangkuan keluarga di Sarawak untuk menyambut Hari Gawai.Hari Gawai memberi peluang bertemu mesra dan memupuk kasih sayang serta mengeratkan hubungan sillaturahim.

Unit2 perpaduan dalam keluarga

----------------------------------------------------------
      PERPADUAN DALAM KELUARGA
---------------------------------------------------------
> Keluarga yang bersatu padu ialah keluarga yang bahagia ,sejahtera ,sailing bantu-membantu ,sayang menyayangi serta mengamalkan hubungan yang mesra dan akrab sepanjang masa.

> keluarga yang bersatu padu sewajarnya menjadi sasaran hidup serial anggota keluarga bagi :

a) menjamin kesejahteraan, kebahagiaan, kemesraan dan kemakmuran keluarga
b) mengeratkan ikatan keluarga.
c) dipandang mulia, dihormati, disegani dan dipercayai.
d) membina sebuah keluarga yang bermaruah.
e) membina sikap bertoleransi dan berhemah tinggi dalam keluarga.

> Setiap anggota keluarga boleh membantu membina keluarga yang bersatu padu :

a) melibatkan diri dalam sambutan khas keluarga.
= hari ulang tahun perkahwinan ibu bapa.
b) berkongsi suka atau perasaan gembira atas kejayaan anggota keluarga.
= kenaikan pangkat ibu bapa.
c) berkongsi duka seseorang anggota keluarga.
= jika anggota keluarga yang jatuh sakit.
d) bersedia memberi sokongan kepada anggota keluarga.
= memberi galakan terhadap cita-cita seseorang anggota keluarga.
e) melibatkan diri dalam aktiviti.
= berkelah, melancong dan lain-lain.

> Keluarga yang bersatu padu menjadi satu matlamat negara.Perpaduan keluarga merupakan asas kepada perpaduan, keharmonian dan keamanan negara.














Sikap tanggungjawab dan Akauntabiliti

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Assalamualaikum. Sikap tanggungjawb & akauntabiliti .Tajuk ini terdapat di dalam buku teks Sivik tingkatan2.
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Tanggungjawab

√ Kita bertanggungjawab kepada diri sendiri ,ibu bapa dan keluarga ,rakan ,sekolah ,masyarakat ,agama dan negara.
Untuk menjadi seorang yang bertanggungjawab seseorang itu harus mempunyai beberapa ciri seperti :

a) Berpegang kepada janji dan tidak melupakannya.
b) Membuat kerja atau tugas seperti yang dipersetujui.
c) Tidak membuang masa ketika melakukan sesuatu kerja.
d) Tidak mengabaikan ajaran agama.
e) Sentiasa menjaga imej dan nama baik keluarga ,masyarakat ,bangsa dan negara.

√Akauntabiliti pula merujuk kepada sikap tanggungjawab seseorang terhadap tindakan atau perlakuannya.

√Kita harus bertanggungjawab ke atas kesilapan atau tindakan kita.





Hormat dan Sopan

Assalamualaikum...
Tajuk ini terdapat dalam buku sivik tingkatan2.
Sikap hormat dan sopan ditunjukkan melalui tingkah laku dan budi bahasa seseorang.Mereka yang bertingkah laku dan bertutur secara sopan akan dipandang mulia serta dihormati.


~Hormat dan sopan

•menghormati ibu bapa,datuk dan nenek.
•jangan mengajuk atau melawan cakap orang tua.
•menghormati guru dan pemimpin negara.
•menghormati hak dan pendapat.
•berikan salam atau bertanya khabar.
•menghormati pandangan dan perasaan orang lain.



Tuesday, 9 September 2014

Ilmu untuk kemajuan diri

        Saya ingin menceritakan tetang Ilmu untuk kemajuan diri. Tajuk ini terdapat dalam buku sivik tingkatan 2.

       Fakto-faktor yang mendorong kejayaan dan kemajuan sebagai seorang usahawan                yang berjaya antaranya ialah;



  • Berminat sejak kecil seperti:
  1. Berminat dalam pernaigaan sejak kecil
  2. Membantu saudara-mara di gerai makan
  • Berminat dalam mata pelajaran perniagaan seperti:
  1. Berminat dalam mata pelajaran perdagangan dan perakaunan di sekolah
  2. Menyertai Kelab Keusahawanan Muda.
  3. Mengikuti kursus Pengurusan Perniagaan di universiti.
  • Mengikuti program latihan seperti:
  1. Menyertai program kursus amali di hotel terkemuka.
  2. Sentiasa mengikuti program latihan anjuran Kementerian Pembanggunan Usahawan dan Koperasi serta Majlis Amanah Rakyat (MARA).
  • Belajar daripada usahawan yang berjaya seperti:
  1. Membaca buku atau biografi tentang usahawan yang berjaya.
  2. Mengukuti ceramah daripada usahawan berjaya untuk mendapatkan pengalaman.
  • Sentiasa bersikap positif seperti:
  1. Berdikari
  2. Berkeyakinan diri 
  3. Berwawasan
  4. Bermotivasi
  5. Kreatif dan inovatif
  6. Tabah hati 
  7. Jujur , ikhlas dan amanah
  8. Bertanggungjawab. 


Tuesday, 2 September 2014

Kecemerlangan diri



Tajuk yang akan saya menceritakan adalah Kecemerlangan Diri.Tajuk ini terdapat di dalam buku teks  Sivik tingkatan 2 .


  1. Kecemerlangan diri seseorang individu merupakan kecemerlangan dan pelbagai aspek seperti pendidikan ,perwatakan ,kemahiran berkomunikasi dan kemahiran membuat imbasan diri.
    2.   Cemerlang dalam bidang pendidikan hanya boleh dicapai dengan satu usaha gigih , semangat yang                  kental , tekun , yakin diri , tidak mudah putus asa . dan cekal.                                                                            
    3.   Perwatakan terpuji iaitu taat kepada ibu bapa, mempunyai perasaan kasih sayang, pegang teguh                   kepada ajaran agama, pentingkan perpaduan dan menjaga kebersihan.
 
    4.  Kemahiran berkomunikasi iaitu sopan ketika bercakap dan berhubung , gelaran digunakan unutuk                  memanggil orang yang lebih tua.

    5.  Bijak membuat imbasan diri iaitu menilai semula kejayaan dan kegagalannya, mencari kesilapan diri                dan perbetulkannya dan tidak salahkan orang lain atau kegagalan kita.

    6. Hormat dan sopan:

  • jangan mengajuk atau melawan cakap orang yang lebih tua
  • menghormati ibi bapa ,datuk dan nenek.
  • menghormati pandangan dan perasaan orang lain.
  • berikan salam dan bertanya khabar.
  • menghormati hak dan pendapat.
  • menghormati guru dan pemimpin negara.